Assalamualaikum.. Bismillahi Rahmaani Rahiim
Hasan Al-Basri r.a. telah bercerita bahawa suatu hari dia bersama seorang pemuda ahli ibadah berkeliling melalui jalan-jalan kecil dan melewarti suatu Pasar di Basrah. Tiba-tiba ia bertemu dengan seorang tabib yang sedang duduk di atas sebuah kerusi, di hadapannya ada beberapa orang lelaki, perempuan dan kanak-kanak yang sedang memegang botol berisi air di tangan mereka. Setiap orang meminta tabib itu menyebutkan ramuan ubat bagi penyakit masing-masing.
Hasan Al-Basri r.a. marah di depan tabib itu dan berkata: "Tuan tabib! Adakah tuan mempunyai obat yang dapat mencuci dosa, serta menyembuhkan penyakit hati?"
Berkata Tabib itu: "Ya, saya ada". Tetapi Pemuda yg bersama Hasan Al-Basri r.a itu berkata: "Berilah pada saya."
Berkata Tabib itu: "Ambillah dari saya sebagai ramuannya sebanyak 10 perkara iaitu:
Ambil olehmu akar kayu FAKIR
dan akar kayu TAWADHU…..
dan campurkan dengan pencuci kotoran perut bernama TAUBAT.
Lalu masukkan semua ke dalam lumbung RIDHA
dan giling sampai halus dengan tumbukan halus/pengetam QANA'AH.
Kemudian masukkan ke dalam periuk TAQWA dan
Tuangkan ke dalamnya air HAYA' (malu).
Lalu didihkan dengan api MAHABBAH (cinta).
Selepas itu pindahkan dia ke dalam mangkuk SYUKUR
dan kipaskan dengan kipas angin RAJA' (harapan).
Kemudian minumlah dia dengan sudu PUJIAN.
Jika engkau perbuat semua itu, maka Ini akan bermanfaat untuk melindungi diri dari semua penyakit Qolbu serta bala' di dunia dan di akhirat".
Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh .
About BIGS MASTER
WEB BIGS MASTER adalah sebuah Blog yang dibuat untuk menbantu kawan-kawan dalam dunia BLOG dan lainnya.